رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 21 April 2018

Social experiment

April 21, 2018 1 Comments




A : Haihhh kecoh orang dok share habis troli2 kat shopping mall tu penuh barang ditinggalkan gitu je tak sempat kira. Teruk betullah orang macam gini. Menyusahkan dah pekedai nak susun balik semua barang tu. Nampak sangat kelabu mata bila dapat barang free.

M : Tengah viral benda tu ke sekarang ni? Saya ni tak tertengok apa yg viral. Selalu tak terjumpa. Alih2 orang dok cakap sana sini. Nampak jugak orang post pagi tadi. Nak harap apa lagi memang dah macam tu namanya manusia.. Kita ni tak boleh mengata sangat. Cuba kalau kita takdirnya ada kat mall tu petang tu. Agak2 kita sama tak macam diorang? Ke kita terus balik rumah je?

A : Iyalah. Kot ya pun.. Ambil barang tu berpadalah. Jangan macam nak simpan Stok sampai 10 tahun. Ada gambor tu sampai dalam troli ada berkotak2 aiskrim. Orang dok komen ni aiskrim ni makan tetiap hari macam makan nasi ke apa. Tak agak2.. Tamak orang kita ni. Lepas tu bila tak sempat kira dok tinggalkan kat tepi. Tak ke membazir tu. Menyusahkan orang jual, orang mengemasnya. Kot ya pun dapat sorang 3k janganlah sampai macam tak pernah jumpa duit.

M : Itu namanya the power of money. Sebab duit orang hilang sense, hilang perikemanusiaan fikirkan tentang orang lain, tak sedar diri. Cuma fikir tentang diri sendiri. Saya rasa tmj saja buat social experiment lah. Saya teringat masa first year matrics uia dulu. Subjek sociology, awal2 masuk kelas lecturer saya bagi assignment "Kalau sentuh babi tak perlu kena samak". Lecturer saya suruh students lelaki pergi masjid cakap gitu kat semua imam. Ada yg buat Ada yg saja taknak buat. Students yg buat tu lecturer saya Tanya apa respon yg dia dapat? Diorang kata kena halau Dari masjid. Hahaha..

Ini pun sama kesnya. Kena tengok Dari sudut sociology kenapa benda ni boleh terjadi? Boleh dikatakan ini adalah kesan-akibat masyarakat kita terhadap duit. Kita nampak sejenis kegilaan.

A : Ya, ini sebenarnya tak tahu meletakkan priority. Yang dapat duit tak tahu bataskan diri untuk pegang prinsip ambil apa yg perlu, ramai lagi orang yg perlukan makanan & keperluan. Ambil sikit2 bukan tamak Ada gitu. Orang bagi duit pun ada orang komen lagi sepatutnya Dari belanja orang kat shopping mall besor gitu baiklah bagi terus kat orang miskin gelandangan ke lagi baik.

M : Kita tak boleh harap orang kaya menderma ikut stail rakyat marhain yg biasa menderma setiap Hari ni. Itu Cara dia menderma. Nak harap apa dia ikut Sama Cara kita?

Isu priority ni memang masalah penyakit masyarakat sekarang. Macam isu home birth. Dah tahu kandungan songsang Dan berisiko pun masih deny hak baby Dan hilang priority yg lebih utama. Sanggup pilih risiko lahirkan baby kat rumah. Sampai priority nya berubah panggil doula lebih penting Dari panggil ambulans. Ini pun satu contoh salah meletakkan priority. Penyakit masyarakat jugak nih. Walhal background educated.

Nak didik masyarakat tentang priority ni bukan senang. Samalah kes ambil barang sesuka hati bila dengar duit sampai tak ingat dunia gini. Nampak kesan-akibat, nampak puncanya tak tahu priority sampai hilang integrity. Ini memang social experiment yg berjaya! Hehe..

Saya rasa yg buat tu semua golongan middle class dalam masyarakat. Kalau orang kaya rasanya tak hairan dapat shopping setakat 3k sorang. Kalau orang miskin takkan beli barang kat mall macamtu. Mesti ni golongan pertengahan macam kita.

A : Betullah. Golongan pertengahan macam kita ni yg sentiasa terhimpit. Baca Komen pun Ada orang cakap ini seperti hiburan untuk golongan pertengahan macam kita. Dah lah kena cukai banyak pastu bantuan apapun tak boleh dapat Dari kerajaan. Rakyat terhimpit. Sebab tu jadi jakun dengan 3k.

Aih, sebab Tu kena ajar anak Dari kecil jangan jakun dengan duit. Tak kiralah dapat duit banyak mana pun kena tahu limit Dan pegang prinsip diri. Kalau tak, senang je di'gula-gulakan' jadi macam inilah.

M : Cuba bagi 1 contoh macamana nak didik anak Dari kecil supaya tak jakun dengan duit? 3ribu kot. Orang dah bagi takkan nak tolak?

A : Ajarlah Dari kecil supaya tak bergantung pada duit atau pandang barang branded. Macam nak makan apa2 ke tak payahlah jadi taksub sampai sanggup beratur panjang atau tidur kat tepi jalan. Kena didik nilai duit jangan sampai membazir. Dapat duit sikit atau banyak pun kena tahu priority Dan keperluan saja. Ambil berpadalah pointnya. Jangan hilang pertimbangan, hilang rasa amanah, hilang common sense.

M : Sebab tu saya ajar anak2 ni beli barang apa2 pun kena kongsi. Bukan makan sorang2. Masa nak beli apa2 belikan sekali orang lain yg tinggal kat rumah, makan sama2. Tapi, tak boleh nak cakap lebih juga. Walaupun kita ajar anak2 ni Dari kecil macamana tapi bila besar nanti kita tak tahu dia akan jadi macamana bila berhadapan dengan "ujian duit" macam gini. Kita pun tak tahu apa reaksi kita misalkata kita ada kat mall tu petang tu.

Bab duit ni memang akan jadikan manusia gila. Hilang waras. Iman pun boleh jadi nipis. Ni semua bila tengok balik puncanya pada kedudukan ekonomi dalam masyarakat lah. Social behaviour sentiasa berkait rapat dengan keupayaan kewangan seseorang. Hingga mampu hilangkan akhlak Dan pertimbangan diri. Inilah hasilnya.

.

Selamat datang dunia akhir zaman.

Belum lagi tiba 'seseorang' yg mampu menghidupkan orang yg mati Dan menurunkan hujan Dari langit serta mempunyai pengikut yg sangat ramai!

Siap sedialah kita dengan ujian kekayaan, ujian kuasa, ujian ilmu & paling utama ujian agama ini. Surah alkahfi bukan sekadar untuk dibaca Dan dihafaz malah lebih utama, ia perlu diamalkan.

Sudah nampak & bersedia?

Human social sciencetist
Islamisation of knowledge,
Khadijah Gani



Ahad, 4 Mac 2018

I follow you. You follow siapa?

Mac 04, 2018 1 Comments


Satu masa dahulu, saya seorang yang tertutup. Facebook ini hanyalah untuk kenalan dan ahli keluarga. Namun, entah bagaimana tiba tahun 2013 saya mula terbuka dan menerima ramai kenalan baru dan followers hingga ke hari ini.

Bagi orang seperti saya, menerima ramai followers bukan atas dasar bisnes (hanya kerana berkongsi cerita mengenai kelas mengaji saya ketika itu), adalah sesuatu yang menakutkan. Ya, saya tidak berasa gah mana pun.

Takut jika tersalah tulis dan pembaca tersilap memahaminya. Kerana itu saya tidak suka pembaca copy and paste tanpa dikreditkan kepada saya semula yang bertanggungjawab menulisnya. Tujuannya supaya jika ada yang silap memahami apa yang saya tulis, bolehlah terus bertanya semula kepada saya atau sekurang-kurangnya saya tahu di mana gaya bahasa yang perlu saya perbaiki. Penulisan saya masih belum matang dan perlu digilap lagi semasa itu.

Apalagi jika orang share. Saya kecut perut sebenarnya! Saya takut penerimaan orang yang tak pernah mengenali saya boleh jadi berbeza dengan apa sebenarnya yang saya mahu sampaikan. Intonasinya berlainan dengan orang yang tahu dan kenal bagaimana saya bercakap dan berfikir. Adakala, bila free saya melihat senarai Share dan melihat respon kawan kepada kawan tersebut.

Melihatkan orang yang Share itu, ramai saja yang tidak 'get the point'. Lain yang saya mahu sampaikan, lain pula yang dia faham dan 'jump into conclusion'. Yang paling saya tepuk dahi bila ada yang menulis - Aku tak baca lagi, panjang! Malas nak baca tapi bagi aku bla bla bla... (terus kecam saya kerana hanya baca tajuk saja). Namun, ada juga get the point precisely. Malah, menambah point dengan lebih baik. Begitulah adatnya manusia.

.

Dunia media sosial ini memang begitu sifirnya. Kecam mengecam itu sudah biasa bila suatu yang buruk diviralkan atau tidak sependapat. Keyboard ini dia yang punya. Sebenarnya, kita boleh menyampaikan ilmu yang betul walau tanpa perlu mengecam orang lain.

Setiap orang boleh menulis apa saja yang dia rasakan dia betul. Kemudian, samada dia mahu bertanggungjawab dengan apa juga kesan-akibat daripada penulisannya atau tidak, bergantung tahap ihsan dan iman seseorang.

Boleh saja dia tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang ditulis selama ini dan lantaklah dengan kesannya. Siapa suruh ikut? Ia mengubah wajah sebenar kita bila berhadapan dengan orang sebenar daripada bila berhadapan dengan keyboard / henfon.

Ya, fitrahnya manusia ini semuanya bersopan santun, berbudi bahasa dan elok-elok saja bila bercakap di depan mata. Entah apa yang mengubah 'rupanya' yang sebenar bila berada di media sosial.

Berhati-hatilah dengan siapa yang kita ikut.

.

Menjadi seorang yang berpengaruh di media sosial bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Atau sesuatu yang meletakkan diri kita sudah berjaya dalam segenap kehidupan. Bukan!

Ia sebenarnya satu tanggungjawab yang besar!

Kerana itu, saya amat berhati-hati sebelum menulis dan post sesuatu di media sosial. Apalagi jika melibatkan isu viral. Saya tidak suka terus post pada hari yang sama isu tersebut sedang hangat diperkatakan.

Kebiasaannya, isu viral akan membuatkan kita jadi marah. Ketika marah, tangan kita akan menaip apa saja. Semasa itu taipan (tangan) dan kata-kata kita adalah tawanan kepada diri kita sendiri. Tawanan yang bakal mengikat kita hingga ke padang masyar.

Tangguhkan kemarahan.

Besar akibatnya jika followers membaca sesuatu daripada apa yang kita kongsikan di media sosial ini disalahertikan malah mengundang fitnah. Apalagi ia bersifat demi kelangsungan bisnes mahupun tidak berdasarkan kepada ilmu yang betul.

Atas nama bisnes, "dare to be different" menjadikan manusia boleh hilang pertimbangan antara matlamat dan cara.

Atas nama ketaksuban sebuah ideologi / ilmu juga, "berani mencuba sesuatu yang baru" menjadikan manusia boleh hilang pertimbangan untuk meletakkan aulawiyyat pada memelihara 2 nyawa lebih penting daripada memuaskan kehendak diri sendiri.

Malah, mengutamakan kemaslahatan masyarakat secara berkelompok lebih utama daripada mementingkan diri sendiri.

Terlalu banyak yang dibaca / disogokkan melalui media sosial juga menjadikan manusia tidak dapat lagi meletakkan keutamaan kepada yang utama. Hingga hilang pertimbangan dalam membuat keputusan dan akhirnya memakan diri.

Demi bisnes / sebuah ideologi, mereka sanggup mengenepikan semua asas agama gariskan, ketepikan semua ilmu yang sebenar, ketepikan semua pandangan ulamak (ilmuwan / ahli dalam bidangnya), asalkan matlamat sudah tercapai (orang kenal brand / ideologi kamu serta barang dagangan kamu) maka kamu boleh survive dalam bisnes dan berjaya!

Apapun kesan-akibatnya selepas itu lantaklah. Yang penting orang dah kenal, orang akan beli. Orang nak tahu, orang akan ikut dan datang kursus, ada duit masuk. Logiknya di situ.

Apalagi jika kesan-akibatnya hingga melibatkan nyawa, apa yang dikongsikan sebelum ini semua sudah tidak dikira lagi. Betul atau tidak betul, tidak dipeduli. Yang penting, boleh makan anak beranak esok hari.

"Tidak. Saya hanya kongsikan pengalaman yang indah saya pernah alami sahaja. Tak berniat mempengaruhi sesiapa. Siapa suruh dia datang kursus saya dan pilih cara yang sama dengan saya? Bukan saya yang bertanggungjawab. Dia yang pilih cara itu."

Ironi bukan?

Tidak semua orang yang menulis di media sosial akan bertanggungjawab dengan penulisan dan perkongsiannya.

.

Point saya, mulai hari ini, jadilah seseorang yang menulis di media sosial ini dengan rasa tanggungjawab dan mempunyai rasa ihsan yang tinggi serta iman tebal dalam hati (Allah Maha Tahu dan melihat setiap apa yang kita kongsikan dan niat di dalam hati kita walau sebesar zarah). Kita boleh menipu pembaca atau manusia lain tapi Allah Tahu niat utama kita.

Jika sesuatu yang buruk berlaku, ambil nasihat daripada ilmuwan (ahli bidangnya). Itulah tanda aras samada ideologi / keputusan kita itu betul atau tidak, samada perlu diteruskan lagi atau tidak. Bukan dengan bangganya membalas, I dont care!

Sungguh, ulamak (al-'alim : bermaksud ahli dalam bidangnya) adalah pewaris nabi.

Janganlah demi kerana bisnes / ideologi tertentu hingga kita ketepikan ilmuwan dalam bidangnya malah paling utama menghalalkan semua cara walaupun canggung di mata agama.

Saya juga sentiasa mengingatkan diri saya supaya menjaga apa yang saya kongsikan selama ini. Lebih-lebih lagi selepas terbitnya buku pertama ini menjadikan saya semakin takut untuk berkongsi lagi mengenai parenting kerana tidak mahu dianggap rujukan utama bagi sesetengah pihak yang boleh menjadi taksub. Hanya sesekali yang saya rasakan perlu barulah saya menulis kembali.

Ketahuilah, ketaksuban yang melampau akan meruntuhkan seseorang.

Saya selalu membayangkan bagaimana keadaan saya di padang masyar nanti. Saya mahu cepat dihitung dan keluar dari kawasan yang maha panas itu apabila matahari hanya sejengkal dari kepala.

Adakah tangan-tangan yang bakal memetik nama saya kelak kerana apa yang saya tulis di media sosial ini memberi pengaruh yang besar kepada mereka?

Baikkah atau burukkah?

Adakah melibatkan nyawa yang tidak berdosa?

Adakah ilmu yang saya kongsikan ini benar dengan berguru atau hanya melampau mengikut nafsu?

Adakah tangan-tangan ini kelak dapat menolak saya dengan cepat ke syurga atau neraka?

.

"Aishhh.. Kalau takut semua perkara baik tak payah menulis."

"Kalau pakai tudung semua tak boleh buat, macamana nak maju."

Skeptikal. Defensif.

Ketahuilah, apa saja yang kita kongsikan di media sosial adalah tanggungjawab kita. Apalagi jika followers ini ikut kursus kita dan beli produk kita. Terutama sekali ilmu yang kita tulis ini jika kerap menimbulkan persengketaan sesama muslim dan ditegur oleh ilmuwan dalam bidang itu bermakna ilmu itu sudah melencong jauh.

Terima sajalah teguran ahli dalam bidangnya dan betulkan semula ilmu yang followers anda sudah mempercayainya itu. Mudah-mudahan perjalanan kita di padang masyar nanti menjadi mudah dan dipercepatkan. Tidaklah orang sana-sini-situ-sinun memetik nama kita hingga perjalanan yang laju menjadi lambat pula.

Allahu.

Berat.

Memang berat.

Mempunyai ramai followers bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ia hanya sebahagian dari nikmat dunia. Yang hadir bersamanya satu tanggungjawab yang berat.

Belum tentu kita beroleh nikmat yang sama di dunia sana kerana tanggungjawab ini akan dipersoalkan dan dikaitkan.

Besar bercakap (menulis), besarlah tanggungjawabnya.

Jadilah penulis dan hamba Allah yang bertanggungjawab dan sentiasa merendah diri. Umpama padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi. Tiada ruginya merendahkan diri berjalan di atas dunia ini. Walaupun di dunia maya.

Bertaqwalah dan berbuat baiklah sesama manusia.

Sungguh, Allah sangat suka kepada hambaNya yang bertaubat.

.

Demi masa,

Sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian,

Kecuali mereka yang beriman yang berpesan-pesan kepada perkara dan AMAL YANG BAIK,

Dan berpesan-pesan kepada yang HAK
(matlamat beragama lebih penting daripada matlamat bisnes, ilmu yang benar bukan yang pelik lagi menyesatkan serta nyawa yang wajib dipelihara lebih penting dari kehendak diri),

Dan berpesan-pesan kepada KESABARAN (tangguhkan kemarahanmu usahlah kecam-mengecam sesiapa lagi).

.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.

Hamba Allah yang berdosa seperti dirimu,
Khadijah Gani

P/S : Follow saya kerana Allah. Jika saya menyimpang dari jalan sebenar, tegurlah dan jika saya sombong, usah follow saya lagi. Bila-bila masa saya mungkin akan tersilap. Betulkan saya.

Semoga di padang masyar nanti kita sama-sama tolak menolak menuju ke syurga Allah dengan pantas. Allah rahmatilah semua sahabat dan follower saya di sini. Moga mereka dapat membezakan yang hak dan yang batil. Berhati-hatilah dengan apa yang kita baca dan siapa yang kita ikut. Fi amanillah.

#sebarkankasihsayangbukanpersengketaan
#tulislahdenganilmuyangbenar

Isnin, 5 Februari 2018

Depress kerana kerja?

Februari 05, 2018 1 Comments


Soalan :

Salam Puan.. 
Sy mohon kata2 motivasi dari puan.

Sy ibu berkerjaya dan berkahwin. Ada suami dan 2 org anak. (6 thn dan 4 thn). 
Sy long distance ulang alik dari rumah Rawang ke KL tempat keje.

Akibat terlalu penat sy slalu jadi tak ikhlas bekerja. Sy rasa 10tahun sy kerja kosong jiwa. Takde apapun buat sy rs puas. Sy slalu mengatakan sy tak ikhlas dlm kerja.
Sy mahu kerja sendiri dan puas dgn hasil usaha sendiri seperti berniaga.

Namun kedua ibu bapa tak setuju sy berhenti kerja kerana sumber pendapatan mereka ialah dari sy yg menyara keperluan mereka.

Sy terlafaz ayat tak ikhlas.

Mcmana puan? Adakah sy di tahap depression tinggi?

Banyak kali berubah. Jaga solat. Semakin sy jaga solat semakin berat ujian Allah nk uji kesabaran sy..Sehingga sy tak mampu menepis.

Mohon pinjamkn kata2 semangat puan😰

T.kasih sudi membaca luahan sy. Semoga Allah merahmati Puan sekeluarga.

.

Wsalam puan.. Maaf, ambil masa lebih 2 minggu untuk menjawab. Soalan ini sepertinya tak layak saya menjawabnya kerana saya tak pernah bekerja di luar rumah selepas mempunyai anak. Sejak saya berkahwin saya terus menjadi surirumah. Jadi, berat saya mahu menjawabnya.

Mohon ibu ibu lain yang PJJ dan mempunyai pengalaman yg serupa dapat berkongsi di sini.

Namun, jika mengikut perspektif saya "yg sudah lama berhenti kerja" ini mungkin boleh difikirkan semula dengan tenang dan baik.

.

1. Saya banyak berjumpa dengan ramai ibu yg baru berhenti kerja menjadi depress dengan anaknya. Niat awal berhenti kerja kerana anak (atau yg lain) akhirnya perkara itu sendiri memberi depress kepadanya dengan lebih teruk lagi apabila faktor semasa turut menyumbang.

Faktor semasa itu ialah tidak keluar rumah dan hanya memerap di rumah bersama anak, tidak berjumpa orang lain atau kawan-kawan untuk berbual (kesan-akibatnya boleh lihat jelas melalui status di fb) dan lebih tertekan kerana ibu semakin sukar untuk solat dan mengaji dalam sehari kerana menguruskan anak kecil. Hingga nak ke bilik air pun susah hatta nak menyidai baju sekejap pun susah mahu ditinggalkan. Ini semua menyumbang faktor stres ibu yg baru mahu membiasakan rutin harian di rumah setelah lama bekerja di luar.

.

2. Apabila kita bercakap mengenai stres & depress semua pekerjaan dalam dunia ini saya menggelarkannya sebagai ada "risiko" tersendiri. Sama juga ada kos lepasnya sendiri.

Ada orang duduk rumah tak boleh lihat rumah bersepah dan bila ibu mula duduk di rumah dan menumpukan perhatian lebih kepada bisnes online sehingga tak sempat mengurus anak-anak yg kecil ini di rumah, rumah menjadi tunggang langgang kerana anak-anak yg ceria dan aktif ini, bersedialah untuk berubah menjadi seseorang yg berlainan daripada sebelum ini. Terpaksa belajar untuk melihat rumah yg bersepah itu sebagai "mendamaikan" atau mahu bertukar menjadi "Hulk hijau" setiap hari.

Ia mengenai bagaimana seseorang boleh berubah dan adapt dengan rutin harian mengikut faktor semasa yg akan sentiasa berubah-ubah. Ini kerana bekerja dengan anak-anak kecil akan selalu berubah dari hari ke hari. Tidak boleh fix seperti jadual pejabat.

Jika buat jadual pun di rumah, ibu dan anak-anak akan stres di kemudian hari (jangka masa panjang) apabila anak kecil ini tak mampu bertahan lama dengan jadual yg tidak fleksibel. Ini realitinya bila duduk di rumah.

Pilihan yg ada - kita berubah atau mahu keadaan sekeliling kita berubah dengan sendirinya?

Apabila seseorang mengharapkan orang sekeliling (anak-anak & suami) yg berubah dulu mengikut keselesaan dan kemahuan kita sendiri, makanya di situlah kunci utama sebuah depress bermula. Kita pilih.

.

3. Saya juga pernah mendapat tentangan orangtua dahulu apabila saya terus tidak bekerja lagi selepas berkahwin. Saya bukan dilahirkan dalam keluarga yg kaya sejak azali.

Semasa itu, ada tekanan yg kuat apabila PTPTN saya belum habis berbayar. Dan kemudian, emak dan abah saya mengatakan takut mereka meninggal dunia kelak dengan meninggalkan hutang PTPTN ini tidak berbayar kerana saya sudah tak bekerja lagi. Hutang PTPTN dibuat semasa saya dalam tanggungan mereka dulu. Jadi, mereka merasakan yg itu masih menjadi hutang mereka juga adanya.

Nak harapkan pendapatan suami yg bekerja seorang pun suami saya ketika itu juga berhadapan bayaran balik PTPTN sehingga naik mahkamah.
(Semasa belajar dulu dia best student mendapat tajaan penuh dari kolejnya dengan mendapat pengecualian tak perlu bayar balik PTPTN. Tup-tup selepas 5 tahun namanya terus naik di mahkamah kerana tak bayar PTPTN. Bila cari dokumen lama pengecualiannya untuk membayar PTPTN itu sudah hilang pula kerana rumah lamanya berpindah. Saya sudah tiada harapan lain untuk bantu membayar hutang saya ini yg akhirnya menjadikan ibu ayah saya susah hati selagi tidak dilunaskan segera sebelum ajal menjemput pergi.)

Adakala, orangtua kita lebih tahu keadaan kita luar dan dalam.

Banyak hutang kah?
Kuat berbelanja kah?
Tak pandai urus duit kah?

Walau bisnes kita masyuk kencang mana sekalipun tapi jika kita berhadapan dengan isu salah satu atau ketiga-tiga persoalan di atas ini, di sinilah punca orangtua kita menentang sekeras-kerasnya keputusan kita untuk berhenti kerja.

Jika misalnya bukan mengenai ketiga-tiga persoalan di atas pun, pastinya orangtua kita memegang prinsip "orang perempuan zaman sekarang kena pegang duit sendiri jangan harapkan suami saja".

Kerana itu, kerisauan orangtua kita bertempat. Bukan saja-saja.

Tetapi, ianya boleh diatasi dengan baik tanpa perlu bermasam muka dengan orang yg melahirkan kita atau menyakiti hati mereka. Mereka betul. Prinsip mereka "yg lebih makan garam dulu" sangat ada benarnya. Terimalah dengan hati terbuka. Redha dengan tentangan ini. Its ok. Kita tak perlu tarik muka dan menuduh ibu ayah kita hanya mahukan duit kita saja dan tak mahu menyokong anaknya pula ini. Tidak perlu.

Kata kuncinya, terima saja 'cabaran' ini. #ubahmindsetdancarapandang

Sekarang, hanya perlu buktikan 'sesuatu' kepada mereka.

Ya, buktikan hasil bisnes puan itu MELEBIHI duit gaji yg puan dapat setiap bulan. Dan beritahu mereka, duit yg diberikan kepadanya ini setiap bulan adalah hasil bisnes puan. Duit gaji puan semuanya dimasukkan dalam simpanan untuk anak sekolah tahun depan.

Dengan BUKTI, orangtua kita akan akur dan akan menjadi mudah bersetuju dengan apapun keputusan kita. Itu yg saya pernah lakukan..

Isu 'tak bekerja dan hanya duduk rumah' apalagi berijazah ini saya sudah lama menghadaminya sejak 10 tahun lalu. Ia memang stres. Saya pernah berada dalam keadaan depress yg sangat hebat.

Tanyalah mana-mana surirumah, sampai satu masa (saya katakan masuk tahun ke-3 atau 4) sumber pendapatan akan menjadi isu yg sangat genting walaupun kita buat bisnes full time apalagi kita mahu melunaskan beberapa hutang piutang yg semakin bertimbun. Ini depress seorang surirumah. Saya berani katakan 1,2,3 tahun pertama masih belum terasa, tunggu sajalah selepas 3 tahun. Depress bertukar bentuk dan 'wajahnya sendiri'.

Kecualilah semasa ini, kita adalah owner kepada bisnes kita sendiri. Kita adalah Pengasas kepada 'suatu produk'. Cabaran dan depressnya tetap ada, cuma berlainan wajahnya daripada watak surirumah.

.

4. Sebaiknya, saya cadangkan jika seseorang yg nekad mahu berhenti kerja, sediakan diri sendiri dengan suatu pembuktian yg kewangan bukan lagi menjadi isu untuk membayar semua jenis hutang di keliling pinggang.

Hanya selepas saya selesai membayar balik PTPTN, barulah saya tidak menerima tekanan lagi pada tahun ke 5 saya menjadi surirumah.

Semasa berada di tahun ke 3 saya menjadi surirumah, saya membayar balik PTPTN sekaligus 20K secara lump sum dengan menggunakan duit simpanan tabung haji emak & abah serta tabung haji saya sendiri kesemuanya sekaligus atas desakan orangtua saya. Itu saja hutang yg saya ada dan orangtua saya mahu membantu saya melunaskan hutang tersebut walaupun saya berasa amat berat untuk menerimanya.

(Mengingat semula keadaan saya yg stres semasa ini, saya gembira dan bersyukur orangtua saya mendesak saya supaya membayar habis PTPTN tersebut di saat saya tiada satu sen pun simpanan. Sungguh, dengan tekananlah akan menjadikan kita seseorang yg lebih hebat untuk menetapkan niat baru yg lebih baik di kehidupan seterusnya yg lebih panjang). ;)

Pada ketika membayar hutang tersebut, jangan cerita bagaimana hati ini remuk redam kerana anak sudah 2 pun masih menggunakan duit simpanan orangtua untuk membayar hutang kita. Malah, saya belajar tinggi ini tidak dapat memberi sedikitpun wang saku bulanan untuk orangtua yg melahirkan saya.

Walhal, niat asal semasa belajar dulu mahu memberi keselesaan dan kegembiraan kepada orangtua saya. Ketika ini saya berada dalam depression yg amat tinggi. Perasaan bersalah dan loser itu wujud! Saya gagal menjadi anak yg baik kepada orangtua saya.

Selepas daripada keadaan yg kelam itu, saya beri diri saya pilihan. Saya mahu berubah atau orang lain berubah untuk saya?

Saya tiada pilihan. Mahu tak mahu saya perlu berubah. Mulakan dengan apa yg ada di tangan.

Macam-macam bisnes saya buat. Haha.. Boleh bertanya kepada rakan-rakan lama saya dulu.

Sehinggalah saya diilhamkan untuk mengajar mengaji anak sendiri dan anak-anak jiran. Selepas 4 tahun, barulah perubahan saya itu lebih besar dan bermakna. Saya bangkit semula dan tetapkan niat satu hari nanti saya mahu memenuhkan semula simpanan tabung haji emak dan abah serta anak-anak. Saya yakin saya akan bayar balik semua duit mereka.

Walaupun sebenarnya, setelah 5 tahun baru saya sedar Allah berikan kegembiraan orangtua saya melalui anak-anak yg saya lahirkan berderet ini bukan pada wang ringgit.

.

5. Sebagai anak juga, kita lebih faham bagaimana sifat ibubapa kita. Buktikan sesuatu yg besar kepadanya. Sekurang-kurangnya, buktikan dulu yg dengan puan berhenti kerja sekalipun hasil bisnes puan lebih besar dari gaji puan.

Walaupun tak bekerja sekalipun kelak, puan masih boleh memberinya wang saku untuk mereka melangsaikan hutang piutang mereka sebelum mereka dijemput ilahi. Inilah salah satu jasa yg puan boleh buat demi menggalas kesusahan mereka melahirkan dan membesarkan puan sejak kecil. Biarlah kelak, mereka tenang di alam barzakh tanpa hutang piutang lain.

Niatkan begitu. Apalah sangat jasa begini nak dibandingkan dengan jerih peritnya ibu puan melahirkan puan dulu dan mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya.

Berbincang juga dulu dengan suami samada suami mengizinkan atau tidak. Dan berbincanglah bagaimana pengurusan kewangan kelak bagi melunaskan segala hutang yg ada dan bagaimana lagi setahun kelak bila anak sudah naik sekolah. Bagaimana kemampuan gaji suami untuk sambung memberi wang bulanan kepada orangtua puan juga. Berbincanglah dengan baik.

Saya tahu tuntutan kewangan hidup di KL. Saya sempat bermastautin di tengah KL hanya selama 2 tahun saja dan kemudian ambil keputusan 'balik kampung'.

.

6. Saya juga memahami bagi pasangan yg PJJ. Lebih sukar keadaannya buat mereka untuk mengurus anak-anak seorang diri. Sama juga keadaannya yg mempunyai tempat kerja yg jauh. Maka, usahakanlah sebaiknya untuk duduk berdekatan semampunya. Jika masih bukan lagi rezki, bertahanlah dengan semangat yg terus tinggi dan niat yg terus segar.

Jika sudah tidak mampu dan terlalu lelah dengan semuanya, ambillah keputusan untuk berhenti kerja dengan persetujuan dan redha suami. Duit boleh dicari asalkan hidup lebih rasa tenang bersama. Namun, adaptasilah dengan baik kehidupan rutin yg baru dan jangan sesekali duduk di rumah tak keluar pula ya.

Apabila sudah menjadi ibu surirumah, saya nasihatkan supaya sekali sekala keluarlah berjumpa rakan-rakan lama atau rakan pejabat lama dan saling bertukar cerita dan pandangan. Itu terapi buat semua ibu. Bercakap dengan suami lain. Tidak sama bila kita bercakap dengan 'rakan sebaya' lain di luar rumah. Bawa anak berjalan-jalan dan hiruplah udara segar luar rumah. Adakala, keadaan rumah berupaya "menjumudkan" fikiran kita kerana sudah lama berada dalam satu zon yg selesa.

Ikutilah kelab sokongan atau NGO yg selari dengan passion anda sebagai seorang individu yg mempunyai skil dan pengetahuan tertentu. Asah kembali skil tersebut jangan dipudarkan 'warnanya'. Bergaullah dan binalah rangkaian baru di luar rumah. Anda sangat memerlukan ini. Satu rangkaian yg saling menyokong passion anda dan dapat mengingatkan semula siapa diri anda yg sebenar.

.

7. Dan akhirnya, nasihat saya, jika kita rasa terlalu lelah dengan segala rutin harian kita hari ini, tidak kiralah kita ini seorang yg bekerja di luar rumah mahupun di dalam rumah, tekan butang 'pause' sebentar dan hibernate kan diri daripada segala media sosial yg ada.

Muhasabah diri anda dengan kembali berpegang semula niat asal mengapa anda mahu lakukan perkara ini awal dulu. Bugarkan kembali NIAT awal tersebut.

Dunia media sosial penuh dengan perbandingan dan kejar-mengejar. Mana-mana manusia pun akan berasa sangat lelah dan memenatkan apabila kita perlu mengejar 'performance' orang lain tanpa menilai semula kapasiti dan kemampuan diri kita sendiri yg telah berubah termasuk pasangan kita.

Adakala ber'uzlah dari semua rangkaian media sosial itu amat baik di kala kita rasa diri ini 'helpless' dan tidak pasti niat sebenar kita melakukan suatu pekerjaan.

Carilah semula diri sendiri yg sebenar.

Tetapkan semula niat asal dahulu bermula penghulu segala hari. Bugarkan kembali niat tersebut melalui sisi pandang baru pula. Lihat dari kacamata yg berbeza.

Pada setiap pekerjaan di luar mahupun di dalam rumah sendiri itu ada 'risikonya' dan mempunyai tahap 'depressnya' sendiri dalam jangkamasa panjang maka, berhadapanlah dengan apa jua risikonya.

Ubahlah cara kita memandang sesuatu dan ubahlah perkataan yang kita gunakan.

Saya tunjukkan satu contoh seperti dalam video ini - https://youtu.be/jnwQYwAnud4

Walau apapun situasi dan pekerjaan kita, kita hanya ada 2 pilihan.

Kita mahu berubah dulu atau tunggu orang lain berubah dulu untuk kita?

Kita pilih.

Dan pada setiap pekerjaan itu Allah tetap akan mengujinya berterusan supaya Allah mahu kita betulkan semula niat kita menuju kehidupan yg lebih diredhai.

Ujian dan cabaran tak akan berhenti. Allah sedang mengajar kita tentang keikhlasan maka, diujiNya secara berterusan apa yg kita niatkan itu dan sejauh mana ikhlasnya diri kita terhadap sesuatu.

Saya mencadangkan sebaiknya puan buatlah solat hajat dan istikharah dahulu sebelum nekad membuat keputusan dan selepas perbincangan dengan suami dilakukan. Hanya Allah yg Maha Tahu jalan mana yg terbaik untuk puan lalui.

Dan bersama kedua-dua jalan ini samada susah ataupun senang, pasti ada 'cabaran' dan risikonya tersendiri dan ianya hanya perlu diurus dengan baik tanpa perlu kita mengungkit semula segala amal baik kita yg akan dijadikan saham bekalan yg banyak menuju dunia yg lebih kekal abadi. Itulah kekayaan dan kebahagiaan sebenar.

Demi dunia akhirat. Apalah yg dikejarkan harta dunia jika kita tidak 'menyimpan' dengan sebanyaknya untuk kehidupan di sana dan tidak dapat berbakti semula kepada orangtua kita.

Wallahu a'lam.

#bersamasetiapkesusahanadakesenangan
#bukansekadarsurirumah
#ciptalahlegasikehidupansendiri

Gelap itu menakutkan ~ Sebuah ibrah dari gerhana

Februari 05, 2018 0 Comments


Selepas melihat lihat perkongsian gambar bulan gerhana sampai ke kemuncaknya,

"Abang, Fatihah, jom kita solat sunat gerhana nak?"

"Nak! Nak!"

"Ok jom! Mak ajarkan dulu macamana nak solat sunat gerhana."

*Satu tips untuk ajar anak beribadat tanpa paksaan adalah sentiasa mulakan dengan ayat tawaran.

Setelah habis solat, mak mulakan 'khutbah ringkas' versi rumahku sekolah pertamaku. Hihi..

"Abang dan Fatihah tahu tak ada apa hikmah di sebalik fenomena alam macam gerhana ni?"

"Tak tahu."

"Bila gerhana terjadi, dunia akan gelap buat seketika. Apa yg abang dan tiha rasa bila dunia kita gelap tanpa cahaya?"

"Tiha rasa takut sangat macam nak menangis." Fatihah menjawab.

"Tapi mak.. Kan kita ada teknologi sekarang. Manusia dah cipta lampu. Dengan adanya lampu manusia tak perlu rasa takut dengan gelap lagi." Fathi menjawab dengan skil kbat nya.

"Betul tu. Tapi cuba bayangkan kalau lampu tak ada langsung. Kita dan gerhana je. Gelap tak dunia?"

"Gelap.. Gerhana ni menakutkan lah."

"Jadi kenapa Allah cipta dan izinkan gerhana bulan ni terjadi walaupun ia menakutkan?"

Masing masing senyap merenung sejadah.

"Kerana dalam hidup manusia akan tiba satu saat bila dia rasa takut dan 'gelap' dalam hidup dia. Semua manusia ada rasa takut. Ambil ibrah dan pengajaran dari fenomena alam ni masa gerhana. Masa kita berada dalam keadaan takut dan paling gelap dalam hidup, apa perlu kita buat? Solat lah dan sujudlah kepada Allah! Doa, dan beristighfarlah banyak banyak supaya kita boleh 'mendapat cahaya' semula. Minta pada Allah kurniakan kita cahaya. Allah maha mendengar. DIA yang memberi kegelapan ini dan DIA juga yang akan berikan kita cahaya.

Akan datang, bila mak dah tak ada lagi kat dunia ni, abang dan Fatihah akan ingat keadaan ini masa kita solat sama sama solat gerhana tadi. Kalau abang dan tiha rasa sedih atau takut atau keseorangan walaupun tiada seorang pun dalam dunia ni yang faham kita, sentiasa ingat untuk kembali pada Allah dan sujudlah kepadaNya.

Istighfar banyak banyak dan bertenang semasa kita rasa takut. Allah tak akan biarkan kita selalu berada dalam kegelapan. Lama kelamaan Allah mesti akan hadirkan cahaya untuk kita teruskan semula kehidupan ni. Ingat tau.."

Senyap.

"Jom kita berdoa, minta apa pun yang abang dan tiha nak dalam hidup ni. Semasa 'gelaplah' Allah sangat hampir dengan kita. Allah maha mendengar semuanya dalam hati kita."

Masing masing mengangkat tangan dan berdoa.

Selesai berdoa kami bersalaman dan berpelukan di dalam gelap. Saya membisikkan ke telinga masing masing,

'Emak sayang abang sampai bila bila walaupun mak dah tak ada kat dunia ni lagi.'

'Emak sayang Fatihah sampai bila bila walaupun mak dah tak ada kat dunia ni lagi.'

.

Terdetik di hati saya, adakala menjadi seorang emak kita disibukkan dengan 2 anak yang masih kecil sehingga terlupa memeluk 2 lagi anak yang besar. Indahnya kegelapan malam ini mengetuk pintu hati kecil saya dan menjadi asbab untuk meluahkan rasa dan memeluk semula anak anak saya yang besar ini sama seperti satu ketika dahulu.

.

Semoga satu hari nanti, kamu akan lebih memahaminya.

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Laa ilaha illallah.
Allahu Akbar.

Gerhana bulan - Blue moon, Super moon, Blood moon berlaku pada 31 Januari 2018.


#bukansekadarhomeschooling
#didikanakabadke21
#ibrahgerhanabulan

Ahad, 28 Januari 2018

Motivasi tertinggi untuk membaca al Quran

Januari 28, 2018 0 Comments




Sebelum ini, saya banyak terima soalan daripada ibu yang duduk di rumah bagaimana untuk konsisten membaca al Quran kerana masa sudah dihabiskan dengan mengurus anak-anak. Persoalan ini bukan dari seorang. Tapi ramai. Katanya, berbeza sewaktu dia bekerja dahulu, masih punya waktu kosong walaupun sebentar di ofis di kala waktu rehat atau sesudah sampainya di ofis. Tetapi, apabila sudah berhenti kerja dan duduk di rumah, semuanya sudah "ke laut".

Inilah realitinya menjadi "stay-at-home-mom". Kita takkan dapat merasainya selagi kita tak benar-benar "duduk di rumah" mengurus anak-anak seorang diri.

Namun, saya juga memahami ibu bekerjaya di ofis juga tak selalunya ada waktu senggang. Adakala juga lebih terkejar-kejar semua perkara berbanding ibu yang duduk di rumah. Masing-masing ada "plus minus" nya tersendiri. Tidak perlulah bergaduh dan membanding-bandingkan siapa yang lebih penat atau siapa yang lebih banyak kerjanya.

Jauh lebih penting lagi, siapakah yang dapat membaca al Quran secara konsisten setiap hari?

Semasa rakan-rakan saya mahu membuat satu grup whats app mengaji dengan membahagi-bahagikan surah untuk dibaca setiap seorang mengikut tempoh yang ditetapkan, saya terpaksa menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Mungkin sesetengah rakan lain beranggapan "apapun tak boleh" ataupun mungkin saya ini berfikiran negatif kerana kurang bersetuju dengan grup mengaji yang dibentuk melalui whats app ataupun telegram.

Saya menyatakan begini,

Tentukan tujuan sebenar mengapa ingin membentuk grup mengaji di whats app? Ya, walaupun tujuannya baik dan dapat memastikan kita tetap akan mengaji setiap hari tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.

Jika tujuannya untuk khatam al Quran, maksud sebenar khatam al Quran itu ialah seseorang yang membaca dari awal surah bermula al fatihah, al baqarah dan seterusnya sehingga diakhiri dengan bacaan surah an nas. Bukan tebuk-tebuk membacanya.

Seseorang tidak dikatakan khatam al Quran dengan hanya membaca 1 surah / 1 juzuk yang ditugaskan membacanya manakala, orang lain pula menghabiskan membaca surah yang lain untuknya dan kemudian dikatakan khatam berjemaah (beramai-ramai). Tidak. Bukan begitu maksud khatam al Quran yang sebenar.

Khatam berjemaah ini sebenarnya berasal dari tadarus. Mengaji beramai-ramai sambil orang lain mendengar bacaan kita dan membetulkan kesilapan bacaan jika ada.

Jika tujuannya untuk bertadarus, ia perlu dibaca dengan syarat orang lain mendengar bacaan kita dan membetulkan bacaan yang salah. Ingat, tak semua orang membaca al Quran lancar dan betul semua tajwidnya seperti kita.

Apalagi jika kita tak mengenali siapa dan latar belakang pengajian ahli yang dimasukkan dalam kumpulan yang dibentuk itu. Tadarus sebenar bertujuan untuk memperbaiki bacaan dan wajiblah ada orang lain menyemak dan mendengar bacaan setiap ahli yang membaca.

Ia masih boleh dilakukan secara maya melalui whats app atau telegram DENGAN SYARAT ada guru yang dilantik untuk mendengar bacaan dan membetulkan bacaan setiap ahli. Baca sama-sama. Semak sama-sama. Ia pasti akan mengambil masa perlahan-lahan, itu tidak mengapa. Dengan ini tujuan kita membaca al Quran setiap hari masih dapat dilaksanakan. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Jangan sesekali meletakkan target tempoh tertentu untuk membaca al Quran kerana al Quran itu bersifat 'timeless'.

Jangan sesekali meletakkan al Quran itu di whats app atau di telegram kerana al Quran itu lebih mulia daripada apapun pengantara seperti media sosial.

Jika mahu diteruskan, silakan jika ada gurunya. Tetapi, suka saya ingatkan bahawa jangan berhenti membaca al Quran hanya selepas target sudah berjaya dicapai. Dengan media sosial dan target tertentu tidak akan menjadikan kita konsisten mengaji selamanya. Ia bersifat sementara.

Ini kerana media sosial hanyalah medium / alat untuk kita sampai ke tujuan. Tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul menepati makna sebenar dan tujuannya yang jelas.

Al Quran lebih MULIA daripada media sosial. Maka, letakkanlah al Quran pada tempatnya yang betul. Walau tanpa perantaraan pun al Quran tetap boleh dibaca. Didik diri kita untuk punya disiplin membacanya seperti mana kita mahu mendidik anak-anak terus mengaji setiap hari secara berdisiplin.

Masalah utama bagi ibu-ibu sebenarnya ialah time management.

Bagaimana kita boleh konsisten (istiqamah) mengaji jika hari-hari kita disibukkan dengan urusan anak-anak?

Nampak tak?

Kita telah meletakkan anak-anak sebagai bebanan di sini. Kita menuduh anak-anak menjadi punca kita jauh dari rahmat Allah. Walhal, Allah anugerahkan walau seorang anak kepada kita agar kita mensyukuri nikmatNya dan mendekatkan diri kita lagi kepadaNya. Bagaimana kita boleh berfikiran anak-anaklah menjadi punca jauhnya kita dari al Quran? Astaghfirullah.

Usah kita berfikiran demikian kerana inilah punca mengapa anak-anak terus menerus bertingkahlaku yang menyesakkan dada sehingga menjadi bebanan kepada kita selama ini. Ada saja "drama demi drama" setiap hari sehingga kita merasa susah membawanya ke mana-mana walaupun ke kedai sebentar kerana susah mengawalnya. Ini semua kita rasakan bebanan dan tekanan. Maka, selamanya anak menjadi bebanan kepada kita sehingga kita boleh jadi semakin jauh dari al Quran.

Ubah mindset ibu-ibu sekalian.

Ubah mindset ibu-ibu sekalian.

UBAHLAH mindset ibu-ibu sekalian.

Ada beberapa cara yang boleh saya cadangkan berdasarkan pengamalan saya dari dulu hingga 10 tahun saya menjadi surirumah tahun ini. Alhamdulillah. Jika ada ibu surirumah yang lain ingin menambah perkongsian, silakan tulis di bawah ya. Saya alu-alukan juga kita kongsi sama-sama membantu ibu lain.

1. Baca al Quran atau surah al mulk sewaktu mahu tidurkan anak.

Semasa anak masih kecil amat mudah mendapat waktu sebegini untuk mengaji ya. Heaven rasanya semasa anak seorang / dua saya dapat mengaji sambil menidurkan anak dan mengusap-ngusap kepalanya.

Niatkan amalan membaca al Quran kita pada setiap kali sebelum tidur ini akan menjadi contoh akhlak kepada anak-anak agar suka mengaji satu masa nanti setiap hari. Bila anak mendengar ibunya mengaji dengan sendirinya dia akan mudah bertenang dan cepat masuk tidur bila besar kelak. Tiada masalah anak tidur lewat.

Bagi bayi, biasakan menyusukan anak sambil membaca al mathurat.

2. Baca al Quran selepas subuh.

Disiplinkan diri kita sebelum check whats app / facebook pada setiap pagi, "checklah" dulu al Quran. Bacalah walau setengah muka atau satu muka surat pun jadilah. Tak lama, hanya sekitar 3-5 minit saja. Baca whats app / facebook pun lebih lama dari 3-5 minit ini bukan? ;)

Selepas subuh juga kebiasaannya anak-anak masih tidur. Semasa ini, bacalah al Quran dengan niat lembutkan hati anak-anak yang mendengarnya semasa separuh sedar. Biar masuk ke jiwanya. Percayalah, anak-anak yang awal paginya mendengar bacaan al Quran akan mudah dibentuk dan mengikut kata. Mereka akan lebih tenang dan bertingkah laku dengan lebih terkawal. Tiada masalah nak lembutkan hati anak jika kita sendiri lebih dulu "lembutkan hati" kita untuk membentuk disiplin membaca al Quran sebelum membaca yang lain. Insha Allah.

Jika tak dapat membaca lepas subuh semasa hari persekolahan anak-anak (bagi anak-anak dah besar), boleh tetapkan waktu ini di hujung minggu saja pun ok. Tiada masalah. 2 hari seminggu pun sudah cukup baik mengaji selepas subuh. Alhamdulillah.

Di hari Jumaat pula, boleh membaca surah al kahfi bermula malam hari lagi separuh surah, sekitar 10-15 minit saja. Bergantung kelancaran bacaan. Paginya, boleh habiskan baki lagi separuh surah. Niatkan bacaan untuk keselamatan keluarga dan anak-anak dari perkara yang boleh menggugat keimanannya di akhir zaman ini.

3. Wajibkan waktu maghrib sebagai "bonding time" utama.

Jika kita mahukan "me time", begitu jugalah keperluan anak-anak di hadapan mata kita. Mereka juga perlukan "we time".

Tetapkan waktu maghrib sebagai waktu untuk solat bersama dan mengaji bersama. Displinkan dan pasakkan dalam mindset anak-anak masa maghrib hanya untuk solat dan mengaji dulu sebelum mahu bermain atau makan atau buat homework atau apa saja. Bertegas dengan rutin ini dari awal.

Walaupun ada anak yang kelaparan semasa itu pun, tetapkan kepadanya "ini masa untuk solat dan mengaji kita mengaji sekejap saja dulu". Ajarkan mengenai "delayed gratification". Kebanyakan masa, rasa lapar dari anak-anak di kala waktu maghrib ini saya panggilnya sebagai "ujian godaan" melalui anak-anak. Dia bukan lapar sangat pun sebenarnya. Hanya nafsunya yang perlu diurus sedikit. Tahan godaan sebagaimana kita mampu menahan marah di kala maghrib hari ya.

Selepas solat maghrib bersama, ajarlah anak mengaji dengan mendengarkan bacaannya dan betulkan kesalahannya. Selepas anak-anak semuanya sudah habis mengaji, giliran kita pula mengaji. Minta anak-anak dengarkan pula bacaan kita dan minta anak tegur kalau ada salah.

Walaupun bacaan kita perfect 10 sekalipun, pura-pura saja minta anak mendengar bacaan kita dan betulkan jika ada salah. Tak jatuh ego kita menyembah ke bumi. Malah melalui cara ini, anak-anak akan semakin lancar bacaannya kerana dapat mendengar bacaan contoh terbaik di depan matanya sendiri SETIAP HARI.

Anak-anak adalah "peniru" (imitator) terhebat melalui seorang ibu/ayah.

Apakah rasanya apabila anak melihat ibunya membaca al Quran di telefon pintar setiap masa? Jangan marah anak jika satu masa nanti bila kita suruh dia mengaji, dia pilih untuk melihat gajet dari al Quran.

Kurangkan kebergantungan kita terhadap gajet walaupun kita boleh mengaji melalui gajet. Ajar anak pegang al Quran yang nyata. Didik diri kita pegang dan baca al Quran yang nyata.

Saya selalu memberitahu anak-anak, mengapa emak suruh anak-anak emak solat dan mengaji? Kerana sampai satu masa nanti bila emak tiada, anak-anak yang akan mendoakan emak. Doa anak-anaklah yang akan menjadikan kubur emak luas dan selesa diduduki. Tapi mak tak boleh bawa anak-anak sekali masuk kubur. Dengan al Quran lah yang akan menerangi kubur menemani mak sepanjang masa kerana mak tak boleh bawa masuk telefon pintar / gajet masuk kubur dan terangkan kubur mak. Kerana itu, berpeganglah pada al Quran sekarang. Kita akan perlukannya bila kita keseorangan nanti.

Saya membayangkan, di dalam kubur kelak, saya hanya bersendirian dan mahu berbahagia bersama al Quran. Itu sahaja motivasi tertinggi buat diri saya. Cukuplah dengan mengingati kematian dan bagaimana keadaan rumah kediaman kita yang kekal nanti akan dihiaskan, ia adalah sebaik-baik peringatan dan motivasi.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلا
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan." (Al-Kahfi 18:46)

.

Sebagaimana kita mahu mengambil gambar pada setiap momen kita bersama anak-anak sekarang dan menyimpannya di Instagram / Facebook supaya satu masa nanti kita akan dapat melihat dan mengenangnya semula, setinggi itulah juga kemahuan yang sama saya mahukan di satu masa nanti al Quran akan mengenang saya dan sudi menemani saya di masa hadapan bila mana saya tinggal bersendirian di dalam kubur kelak. Tiada apapun yang dapat kita bawa bersama untuk dikenang hanya melainkan dengan bacaan al Quran yang kita pastikan setiap hari kita membacanya di sepanjang hayat ini.

Walaupun dapat membaca al Quran selepas 1 waktu solat sehari sekalipun ianya sudah mencukupi asalkan al Quran tetap dibaca dan terus dibaca setiap hari. Rasulullah bersabda, amalan yang TERBAIK itu ialah yang sedikit-sedikit tetapi berterusan (istiqamah) tidak terhenti.

Bacalah al Quran dengan maksud tujuan yang sebenar. Sungguh, al Quran tidak menjadikan kita hanya seorang yang membuat sesuatu kerana target tempoh tertentu atau kerana desakan kawan-kawan atau kerana media sosial.

Al Quran mampu mendidik dan menjadikan kita seorang yang bervisi ke hadapan melalui saham yang ditanam bersama anak-anak di hadapan mata kita hari ini dan menjadikan kita orang-orang yang beruntung di masa akan datang dengan menuai sebanyak-banyak keuntungan melalui didikan anak-anak. Itulah makna kejayaan sebenar.

Ingat, anak-anak BUKAN bebanan kita hingga mampu menjauhkan kita dari al Quran. Malah, anak-anaklah menjadi punca kita lebih dekat dengan al Quran dan punca kita berubah menjadi lebih baik. Gunakan anak-anak untuk kita sama-sama menuju ke jalan yang lurus seterusnya mendidik anak-anak dengan konsep bacaan al Quran yang sebenar. Tunjukkan akhlak yang betul.

Berjemaahlah dengan jemaah cilik yang berada hadapan mata kita. Usah abaikan jemaah di rumah sendiri berbanding jemaah maya di media sosial anda. Jadilah orang-orang yang beruntung dan berjaya.

Bittaufiq wannajah.

#keutamaanyangutama
#anakadalahsahamutamabukanbeban
#sukamengaji

Khamis, 11 Januari 2018

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Januari 11, 2018 1 Comments



Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekolah lain atau sekurang-kurangnya boleh membantu sekolah sehingga memiliki sebuah bas! Indahnya idea tersebut walaupun saya tahu pasti akan ada duri ranjaunya.

Untuk mewujudkan satu akaun bank khas alumni, perlulah ada satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi dahulu. Kemudian, barulah boleh membuka akaun bank khas atas nama pertubuhan itu. Jadi, bolehlah bergabung tenaga melalui ke semua batch secara kolektif untuk kita kumpulkan dana secara konsisten. Jika kita dapat mengumpulkan semua tenaga dan bantuan dana melalui 20 batch alumni sekolah. Ia bakal memberi impak yang lebih besar!

Tambahan pula, melalui perjumpaan penyerahan dana bantuan ke sekolah tempohari kami mendapat mandat dan sokongan daripada Tuan Pengetua SMKAJB untuk menubuhkan alumni ke ROS agar banyak lagi sumbangan ahli alumni selama 20 tahun ini dapat diurus tadbir dengan baik.

Bermula itu, saya berfikir bagaimana caranya untuk mendaftarkan sebuah alumni setelah mendapat pandangan dan sokongan sahabat-sahabat sebatch yang lain. Hanya melalui grup whatsapp batch kami dahulu.

.

Melalui pengalaman bergerak aktif dalam NGO Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru, saya membuat beberapa rujukan melalui pioneer kelab ini. Dan membuat sedikit homework untuk prosedur mendaftarkan pertubuhan selain menelefon sendiri ROS untuk mendapatkan kepastian.

Saya memberanikan diri untuk menawarkan sumbangan tenaga supaya pendaftaran pertubuhan alumni sekolah saya dapat dijalankan. Walaupun saya masih belum pasti sepenuhnya tapi saya yakin sekolah kami memerlukan alumni yang berdaftar bagi tujuan di atas. Lagipula, genap tahun 2017 ialah 20 tahun umur sekolah ini sejak awal penubuhannya yang mana saya adalah salah seorang di antara pelajar pioneer di SMKAJB dan merasmikan sekolah itu dahulukala.

Semua orang pun sibuk, tapi jika tiada siapa yang memulakan sampai bila-bila kita tak akan ke mana-mana.. Ya tak?

Bagi tujuan menggabungkan 20 batch yang berbeza kepala termasuk generation gap, bukanlah mudah sebenarnya. Perlu ada strategi. Step by step yang perlu diurus bagi kelompok manusia yang ramai sebegini dengan limitasi kepakaran tersendiri.

Langkah pertama, saya perlu mendapatkan sokongan daripada majoriti batch alumni. Saya tidak mengharapkan sokongan semua untuk bersetuju dengan pendafataran ke ROS ini kerana saya faham proses ini leceh dan setengah orang berfikiran mungkin ianya tidak penting tetapi mudah-mudahan ramai yang bersetuju.

Pendaftaran bagi alumni yang dikongsi oleh 20 batch ini tidak boleh dibuat hanya jika berasa 'syok sendiri'. Kerana itu, langkah pertama adalah mendapatkan sokongan daripada senior terdahulu dan juga junior-junior yang terkemudian sebagai tanda hormat kita meraikan pendapat dan pandangan mereka bagi tujuan pendaftaran alumni ini.

Walaupun 1 grup whatsapp yang menghimpunkan kesemua alumni sekolah diwujudkan, tetapi saya tidak dapat 'bergerak' kerana ianya terlalu ramai dan mass. Ibaratnya kita sudah tepu dan terperangkap di dalam lif tak boleh keluar bilamana di dalam lif itu ada terlalu banyak orang dan bersesak-sesak di dalamnya.

Maka, strategi diubah.

Saya hanya mendapatkan kata persetujuan bersama dan memaklumkan yang satu AJK Penaja akan diwujudkan di kalangan batch saya sahaja memandangkan ini cara terbaik untuk mempercepatkan proses pendaftaran dan memastikan kita dapat 'bergerak' seberapa pantas yang boleh. Maklumlah, semuanya sangat sibuk dengan komitmen masing-masing. Saya juga tak mahu drag masa.

Saya memahami kebanyakan alumni adalah orang yang mempunyai kerjaya hebat-hebat belaka. Punya kekangan waktu dan komitmen untuk bersama-sama secara aktif untuk beberapa proses pendaftaran ini. Makanya, dengan 'mengecilkan' jumlah untuk bergerak adalah yang paling berkesan saya rasakan.

Syukur saya kerana mendapat sokongan dari rakan sebatch (SMKAJB 1999 & KTAM 1997). Mereka secara volunteer sudi bersama dengan saya sebagai AJK Penaja.

.

LANGKAH 1 : MENUBUHKAN AJK PENAJA & MERANGKA DRAF PERLEMBAGAAN

AJK Penaja adalah sekumpulan ahli yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 7 orang yang mempunyai matlamat yang sama bagi menubuhkan satu pertubuhan secara sah.

Selepas saya mendapatkan volunteership daripada kedua-dua batch saya ini, barulah saya membuat satu lagi grup whatsapp lain khusus hanya AJK Penaja sahaja awalnya. Di dalam grup ini sangat responsif setiap kali saya meminta persetujuan dan pandangan bagi proses merangka perlembagaan.

Contoh perlembagaan pertubuhan mengikut spesifikasi ROS sedia ada boleh didapati di sini  http://www.ros.gov.my/index.php/my/perkhidmatan
atau pilihan kedua, anda boleh membuat keseluruhan perlembagaan sendiri tetapi proses semakan dan kelulusannya akan mengambil masa yang lebih panjang kelak.

Menggunakan perlembagaan sedia ada lebih mudah. Anda hanya perlu berbincang dan menentukan hanya beberapa perkara sahaja yang diperlukan. Ini termasuk menyediakan dahulu logo rasmi yang akan digunakan. Sila baca dengan baik panduan di tajuk

Pendaftaran Bendera, Lambang, Lencana Atau Lain-Lain Insignia Pertubuhan


Sebaiknya, download dan bacalah dulu PANDUAN PENGGUNA dalam link yang disertakan di bawah  https://www.eroses.gov.my/ 

Selepas draf perlembagaan sudah siap dibincangkan kesemua fasal, seterusnya, kumpulkan maklumat diri terkini AJK Penaja yang merangkumi :

Nama : 
No kad pengenalan :
Warganegara : 
Tarikh lahir & tempat lahir : 
Pekerjaan : 
Nama & alamat majikan : 
Alamat kediaman semasa : 
No. tel : 
Emel : 

Seterusnya, tetapkan tarikh untuk mesyuarat AJK Penaja bagi meluluskan perlembagaan dan perbincangan isu teknikal yang lain.

Mengapa saya bertindak membincangkan dahulu draf perlembagaan melalui whatsapp grup? Kerana saya mahu save masa agar dalam mesyuarat AJK Penaja ini nanti dapat dibuat hanya sekali sahaja dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit yang betul-betul mustahak selepas diperhalusi kali kedua secara fizikal. 

Ini kerana mengumpulkan KESEMUA AJK Penaja untuk bermesyuarat dan berjumpa adalah satu CABARAN yang paling tinggi disebabkan semua orang punya komitmen tersendiri samada kerjaya hakiki mahupun tuntutan keluarga masing-masing di hujung minggu pula. Bukan mudah untuk berjumpa. Saya hanya mahu memastikan biar sekali berjumpa, masa dapat dioptimumkan dengan semampatnya. Saya juga sejenis yang tidak suka banyak kali bermesyuarat tapi kerja tak jalan-jalan. Sangat penat.



Selepas mengutip undi tarikh mesyuarat yang disepakati, saya perlu membentangkan dahulu kertas kerja penubuhan alumni kepada Tuan Pengetua SMKAJB untuk sebarang pindaan atau buah fikiran. Makanya, saya menyiapkan kertas kerja berdasarkan apa yang telah disepakati dan mendapatkan persetujuan serta keizinan Tuan Pengetua untuk kami mengadakan mesyuarat di sekolah bagi tujuan ini.

Inilah perjumpaan buat pertama kalinya selepas 19 tahun kami meninggalkan sekolah dulu. Semasa ini, saya seharusnyalah saya perlu memegang jawatan sebagai setiausaha AJK Penaja dan menyediakan dokumen perlembagaan dan perbincangan secara fizikal agar semua AJK boleh nampak gambaran besar akan penubuhan ini.



Selain itu, sebagai setiausaha AJK Penaja juga, kita harus tahu dan pasti arah mana yang hendak kita bawa sepanjang proses pendaftaran ini. Jika kita tak pasti, telefon terus ROS bagi cawangan terdekat. Perlu sedikit agresif dan tahu halatuju perjalanan ini kerana tidak semua yang tahu dan jelas bagaimana proses ini akan dijalankan. 

Semasa ini, saya sangat besyukur dengan pengalaman menceburkan diri dalam NGO Kelab Susu Ibu saya yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Sangat berharga kerana pengalaman sebenar lebih banyak membantu daripada bacaan melalui internet samada di laman web ROS sendiri ataupun melalui blog orang lain yang pernah melaluinya. Ia sangat berbeza!

Melalui carian di blog juga saya ada membaca yang banyak dokumen perlu difotostat dan disiapkan sebelum mendaftarkan pertubuhan di ROS. Termasuk minit mesyuarat AJK Penaja. Tetapi, itu dahulu. Sekarang anda tidak perlu berbuat begitu lagi. Paperless.

Minit mesyuarat AJK Penaja hanyalah untuk simpanan sendiri tidak perlu diserahkan kepada ROS. Hanya butir penting tentang mesyuarat AJK Penaja seperti tarikh, masa, tempat & jumlah kehadiran sahaja yang perlu diisi di dalam sistem.

Sekarang, pendaftaran pertubuhan adalah secara ONLINE SAHAJA. Tiada lagi pendaftaran di kaunter. Hanya pembayaran fi pendaftaran sahaja saya nasihatkan bayaran dibuat di kaunter (secara manual) bagi mempercepatkan proses. 

Selepas mesyuarat AJK Penaja selesai dengan meluluskan draf perlembagaan serta mengesahkan butiran diri kesemua AJK Penaja, barulah setiausaha mendaftarkan diri di sistem eroses iaitu di sinhttps://www.eroses.gov.my/

Oh ya! Beberapa hari selepas mesyuarat AJK Penaja, saya dan seorang AJK lagi kononnya ingin daftar secara walk-in di kaunter, tetapi tidak berhasil. Hehe.. Sesampainya di pejabat ROS, kami diberi panduan untuk bagaimana setiausaha mendaftarkan pertubuhan melalui online. Jika mahu online di sana juga boleh, tetapi hasilnya, sistem down. Maka, pulanglah kami tanpa hasil pada hari tersebut. Tetapi, apabila dapat bertemu pegawai ROS untuk bertanyakan step-by-step pendaftaran online yang perlu dibuat secara face to face itu memang berbaloi. Penerangan dan kertas panduan diberikan untuk rujukan. Ya, pergi sajalah ke ROS di setia tropika.


Selepas itu, beberapa kali percubaan mendaftar, saya masih tidak dapat masuk lagi ke dalam sistem. Saya membuat panggilan ke ROS JB dan ROS Putrajaya. Ternyata sistem mereka masih lagi down. Bersabarlah hati.


Di sini sebenarnya, saya telah membuat kira-kira. Dengan masa yang terhad, saya menjangkakan AGM mahu tak mahu mesti diadakan dalam bulan DIsember 2017 juga. Jadi, surat menyurat perlu dihantar kepada ahli at least 2 minggu sebelum AGM berlangsung. Saya lajakkan lagi tempoh masa. Makanya, sebelum berakhir bulan November pendaftaran alumni perlu diluluskan. 

Mengambilkira proses kelulusan yang akan memakan masa seminggu atau lebih, makanya saya mendapati tempoh yang sangat terhad selepas mesyuarat AJK Penaja berlangsung tempohari pada 4 November 2017.

Semasa itu, saya hanya mampu berdoa dalam hati agar segala sistem yang ada di atas bumi ini akan segera pulih seperti sediakala dan saya mendoakan agar orang yang berada di belakang sistem tersebut diberi kesihatan yang baik-baik belaka. Saya sangat memahami orang yang bekerja dengan sistem sebegini. Kerana itulah kerjaya suami saya juga, programmer. Bila saya mencadangkan kepada suami supaya membuat satu sistem yang lebih baik lagi, suami hanya mampu berkata, "Itu dah baik dah tu. Ikut sajalah." Haha..



Jadi, sementara menunggu sistem baik semula saya tak mahu membuang masa. Saya segera siapkan borang keahlian hanya melalui Google Form saja untuk mengutip butiran diri ahli yang terkini untuk dijadikan database induk. Ini kerana bukan 20 batch dari SMKAJB saja yang perlu direkodkan tetapi juga termasuk alumni KTAM yang sudah berabad lamanya sebelum ditukarkan sekolah menjadi SMKAJB.

Takdirnya, selepas seminggu menunggu dan mencuba banyak kali, akhirnya baru saya dapat masuk ke dalam sistem eroses dan emel saya baru berbalas. 

Ya, jika anda sebagai setiausaha tidak dapat log in ke dalam sistem (tak dapat kata laluan sementara), perlu emelkan kepada admin seperti alamat emel yang dinyatakan di situ untuk mohon kata laluan sementara. Mereka akan balas juga nanti. Tunggu sajalah dengan penuh kesabaran ya! Jika tak dapat juga, call ROS di tempat anda atau ROS di Putrajaya. Mereka akan cepat maklum status anda. Agresif sikit ya. Jangan hanya menunggu.




LANGKAH 2 : DAFTAR ONLINE PERTUBUHAN

Selepas anda (setiausaha sahaja) sudah dapat kata laluan sementara, masukkan ke dalam sistem semula dan boleh ubah kata laluan mengikut kesukaan anda. Save. Boleh terus mengisi bahagian pertubuhan dan bahagian-bahagian lain seperti dalam draf perlembagaan yang telah diluluskan. Kebanyakannya sudahpun tersedia di dalam sistem jika mengikut perlembagaan sedia ada. Hanya perlu memasukkan numbers and figures saja dalam ruang kosong yang disediakan. 

Klausa lain yang terdapat dalam perlembagaan adalah fixed dan tiak boleh diubah. Ikut sajalah.

Begitu juga matlamat penubuhan juga sudah yang siap tersedia, kita hanya pilih saja mana-mana yang menepati matlamat yang ada dan boleh juga menambah matlamat sendiri mengikut "bahasa" kita. Ada banyak pilihan di bahagian matlamat. Jangan risau.

Isilah kesemua 17 fasal sedia ada termasuk data ahli AJK Penaja. Jumlah AJK Penaja akan menentukan berapa ramai AJK tetap yang boleh dilantik di masa akan datang.

Di akhir sekali ialah pembayaran. RM 30 sahaja yang perlu dibayar.

Semasa ini, saya hanya print out slip untuk pembayaran dan bercadang mahu membayar di kaunter. Tetapi memandangkan kaki saya yang jatuh tempohari masih belum baik sepenuhnya dan suami juga tak membenarkan saya drive dan pergi sendiri ke pejabat ROS di Setia Tropika seorang diri kerana tak mampu berjalan dengan baik lagi, makanya saya meminta bantuan seorang lagi AJK lain yang boleh ke sana sebentar semasa lunch hour. Saya terhutang budi kepadanya kerana sanggup 'lari' sebentar membantu proses ini di kala saya tak dapat meneruskan 'langkah'.

Semasa beliau ke sana dan menunjukkan slip bayaran yang saya emelkan, pegawai ROS di sana 'menegur' kerana nama yang didaftarkan terlalu general. Nama  "Warisan" yang general sebegini biasanya tidak akan diluluskan katanya.

Walaupun pada carian nama pertubuhan semasa mendaftarkan melalui online kita dapat green tick, tetapi itu hanya menandakan nama tersebut belum ada pertubuhan lain gunakan lagi. Tetapi prosedurnya perlu diikuti.

Jadi, saya menukarkan pilihan nama lain seperti yang disepakati dalam mesyuarat AJK Penaja tempohari. Kami berbincang dengan mengemukakan 3 pilihan nama. Atas kata sepakat, kami menggunakan nama WARISAN ALUMNI SMKAJB kerana ia sudah terkandung di dalam logo.

Makanya, saya perlu mengisi semula sekali lagi permohonan pendaftaran pertubuhan baru yang lain. Permohonan sebelum ini hanya perlu dibiarkan saja dan dipadam. 


Semasa ini, saya pasrah saja. Walaupun sebenarnya mengisi borang online ini "nampak mudah dan senang" tetapi ia tidak semudah yang dijangka jika anda mempunyai anak yang ramai di sekeliling semasa anda mengisi borang online ini. Sungguh bukan mudah dengan anak-anak yang seorang tarik tangan kanan, seorang lagi tangan kiri, seorang lagi kaki kanan dan seorang lagi kaki kiri. 

Rasa nak menangis bila disuruh isi balik! Huwaaaaa...

Dengan penuh ketabahan yang dikutip semula saya mengisi borang dan perlembagaan yang ada sekali lagi dengan nama baru ini. Pada tahap ini, rumah sudah tak nampak macam rumah, anak-anak berempat sudah dah terurus entah apa sajalah projek mereka keluar masuk bilik dengan sekali sekala 'mencuit' emaknya ini yang sedang berkurung dalam bilik tak mahu diganggu buat seharian ini. Kelam kabut. Rasa bersalah kepada keluarga. Tapi, saya harus meneruskan langkah yang berbaki ini.


LANGKAH 3 : PEMBAYARAN SECARA ONLINE RM 30.

Pada tahap ini, saya mendapat pengajaran terpenting!

Selesai mengisi semula semua maklumat pendaftaran, saya ingin cepat membuat pembayaran. Kerana tidak mahu menyusahkan lagi AJK lain yang sedang bekerja, saya mengambil keputusan untuk membayar secara online sahaja. Lagipula, kaki saya masih belum pulih lagi untuk berjalan dengan baik.

Selesai mengikut step-by-step nya, saya mendapat hasil sebagai "transaksi tidak berjaya". Tetapi, duit sudahpun ditolak daripada akaun saya sebagai "successful".




Apalagi, saya terus menangis di situ seorang diri sambil menaip mesej kepada semua AJK memaklumkan kegundahan hati ini.

Terasa lemah segala sendi dan badan. Masa itu, rasa seperti mahu berhenti dari semua proses ini. Betul-betul mahu give up saja.

Mendapat sahabat pengerusi yang bijak menenangkan keadaan, saya mendapat semula kekuatan selepas itu melalui AJK-AJK lain yang terus memberi kata semangat dan kekuatan. Saya segera emel kepada admin sekali lagi dan print out segala bukti pembayaran yang ada. Saya hanya stressed-out. Sudah tiba limitnya.




Esoknya, saya mulakan semula dengan fokus baru. Fokus untuk memastikan bayaran saya diterima dengan selamatnya bukan lagi menyalahkan sistem yang terlalu cepat log out sendiri selepas pembayaran dibuat semalam. Hanya 3 saat dan semuanya terkeluar sendiri daripada sistem tanpa ada option lain..

Saya membuat beberapa panggilan ke ROS JB dan Putrajaya dan telah disambungkan beberapa pegawai dengan percubaan beberapa kali sehinggalah dapat bercakap direct dengan pegawai kewangan. Fokus semasa ini, hanya mahu memaklumkan duit sudahpun ditolak dari akaun saya dan mudah-mudahan sampai kepada yang sepatutnya. Itu saja.

Bila kita bercakap dengan baik, orang lain juga akan berbahasa dengan elok kepada kita semula. Birokrasi, kita layan saja.

Susah tau nak tembus talian ROS. Sejak awal pun memang begitu. Jika dapat tembus dengan sekali panggilan saja memang bernasib baiklah diri anda.

Rupa-rupanya, walaupun pendaftaran pertubuhan sekarang dibuat secara online tetapi hanya bahagian kewangan sahaja yang masih melalui sistem secara manual. 

Jadi, saya menasihatkan anda membuat pembayaran melalui kaunter untuk lebih cepat diproses berbanding online yang akan mengambil masa 2 hari hanya jika rajin update dengan emel dan panggilan bertalu-talu untuk follow up pembayaran.

Proses di sini agak tricky saya rasakan.


LANGKAH 4 : MENUNGGU KELULUSAN



Selepas mendapat makluman pembayaran berjaya diterima melalui panggilan telefon yang dibuat dan emel, saya menyemak semula status permohonan sudahpun bertukar kepada "menunggu kelulusan". Seterusnya, saya perlu menunggu 5 hari lagi untuk proses kelulusan permohonan. Saya pasrah menunggu lagi seminggu keberhasilannya.

Namun, entah bagaimana keesokan harinya (selepas 1 hari) saya mendapat panggilan daripada Encik Yahaya pegawai daripada ROS. Beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab memegang pendaftaran bagi semua alumni di JB.

Beliau mengesahkan saya sebagai setiausaha AJK Penaja seperti dalam permohonan dan kemudian meminta saya meminda beberapa perkara utama iaitu nama pertubuhan.

Menurutnya, nama pertubuhan WAJIBLAH ditulis di hadapan nama samada Persatuan / Kelab / Syarikat apa dan apa dan di akhirnya WAJIBLAH menulis nama tempat pertubuhan anda misalnya Johor Bahru / Melaka etc mengikut tempat anda beroperasi.

Jadi, beliau mencadangkan untuk diubah sedikit sahaja bilamana tambahan PERSATUAN ditambah di hadapan nama WARISAN ALUMNI SMKAJB (dengan penerangan di dalam perlembagaan), dan di akhirnya ditambah JOHOR BAHRU sebagai nama tempat beroperasi.

Begitu juga mengenai logo yang tidak dibenarkan lambang bulan dan bintang. Saya terus bersetuju dengan pindaan kecil ini lalu beliau terus memberi kelulusan permohonan saya pada petang hari tersebut juga! Katanya tiada masalah besar, semuanya ok saja melainkan alamat surat menyurat perlulah menggunakan alamat salah seorang AJK yang aktif bagi memastikan surat sampai ke tangan yang sepatutnya. Hanya alamat rasmi sahaja menggunakan alamat sekolah dengan keizinan.

Subhanallah.. Tiada daya usahaku melainkan dengan bantuan Allah! Proses dipermudahkan walaupun ada ujian dan cubaan yang mengujikan sebelum ni atas berkat doa semua ahli yang mendoakan. Alhamdulillah.

Sungguh saya tidak sangka mendapat kelulusan selepas 1 hari sahaja.




Tanggal 20 November 2017, permohonan alumni sekolah kami diluluskan dengan pindaan nama PERSATUAN Warisan Alumni SMKAJB, JOHOR BAHRU selepas mesyuarat pertama AJK Penaja yang telah berlangsung pada 4 November 2017.


LANGKAH 5 : MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA

Selepas mendapat kelulusan, dalam masa 60 hari pertubuhan diwajibkan membuat AGM untuk lantikan AJK tetap dan pembubaran barisan AJK Penaja. Inilah masa yang saya tunggu-tunggu! Syukur ya Allah.

Tetapi, bagi proses mengadakan AGM pertama ini juga memerlukan penyusunan strategi yang baik. Semasa saya menunggu sistem eroses baikpulih terdahulu, saya mohon kerjasama semua AJK untuk menghebahkan borang keahlian untuk update butir diri terkini dengan alamat emel.

Melalui emel yang dikumpulkan inilah saya menghantar surat jemputan untuk Majlis Perasmian & AGM Pertama yang akan diadakan ini. Saya save masa di sini kerana proses mengumpulkan maklumat ahli lengkap sudah berlangsung awal 3 minggu lagi dan surat jemputan telah diedarkan kepada 355 orang ahli daripada 2415 alumni SMKAJB sejak tahun 1998 dan alumni KTAM sejak tahun 1985.

Jumlah yang kecil, tapi satu permulaan yang baik saya kira. Terima kasih kepada semua alumni yang sudi memberikan kerjasama.

Mengikut perlembagaan, surat panggilan mesyuarat agung perlulah diedarkan kepada ahi sekurang-kurangnya 2 minggu daripada tarikh mesyuarat. Kerana itu strategi mengumpulkan maklumat daripada zero sebegini harus disusun dengan baik terlebih dahulu supaya ia mengikut plan jangkaan tarikh mesyuarat agung yang mahu dibuat cukup berlangsung mengikut tempohnya. Dan sungguh, menguruskan sekumpulan manusia yang berbeza peringkat umur dengan keperluan komitmen yang berbeza juga jurang kerjaya yang pelbagai amat amat amat mencabar!

Tugas sebagai setiausaha penaja membuat surat, mengedarkan, menjejak dan menjemput semua bekas pengetua sebagai tetamu kehormat, menjejak dan menjemput semua bekas pelajar dan bekas guru bukanlah tugas yang mudah. Di sini, fokus saya 200% sedaya yang termampu menjemput beberapa orang bekas guru yang dapat hadir. Terasa sangat bahagia apabila melihat bekas guru kami sudi datang berkumpul dalam acara ini.



Sebelum majlis perasmian dan AGM ini juga tugasan paling mencabar saya rasakan adalah sponsorship. Kami tiada dana.. Bermula dari zero.

Beberapa strategi sponsorship dibuat mengambilkira pengalaman-pengalaman selama ini mengendalikan program NGO Kelab Susu Ibu yang bergerak juga tanpa dana bantuan dari sesiapapun. Saya lebih memahaminya. Maka, saya panggil rakan seperjuangan saya yang turut faham gerak kerja sponsorship gaya NGO bekerja untuk turut sama menghulurkan tenaga. Alhamdulillah, walaupun kami menghadapi cabaran yang sukar untuk diceritakan (hanya beberapa orang saja yang tahu cabaran & konflik yang pernah timbul) tapi akhirnya semua nya dapat diselesaikan dengan baik.

Daripada zero, kami akhirnya mendapat sponsorship dari segi in kind berjumlah lebih 10K dan cash berjumlah 5K lebih manakala perbelanjaan hanya sekitar 2K lebih. Wang selebihnya kami simpan untuk membuka akaun bank Warisan dan juga simpanan untuk tabung Warisan. Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun nak pecah kepala saya sepanjang rehearsal selama 2 hari. Hanya Allah saja yang tahu.




Sejujurnya, saya berterima kasih kepada sahabat seperjuangan saya Salwa Kohar & Nurul Asyikin Ngadiso. Merekalah yang banyak membantu saya merealisasikan apa yang sudah saya strategikan. Mereka adalah supermommies yang experts. Mereka adalah tulang belakang saya, kekuatan saya meneruskan langkah. Bak kata Tuan Pengetua SMKAJB, hanya orang yang bergiat aktif dalam NGO saja yang tahu menjalankan 'sesuatu' seperti ini kerana pengalaman. Tanpa pengalaman sebenar, penubuhan sebuah alumni mungkin tidak akan berlaku sepantas 4 bulan begini. Subhanallah.. Bersyukur saya atas pengalaman selama ini.

Terima kasih saya juga buat semua AJK Penaja & AJK Gerak Kerja, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang senior juga sahabat seangkatan semua yang turut sama daripada awal di sepanjang proses ini. Ia bukanlah usaha saya seorang. Ia adalah usaha kerjasama banyak pihak dan ia juga takkan boleh terjadi walaupun ada pengalaman dan tiada kerjasama dari semua pihak. Sungguh, kita telah berjaya! Jom kita raikan sama-sama!!!










.
.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Bak kata sahabat setiausaha baru  menggantikan saya, Nurul Salwan Sudirman, tertubuhnya alumni Warisan selama 20 tahun ini umpama lahirnya seorang anak.

Ya, tepat sekali. Kepuasan maksima!

Ini adalah "anak komuniti" saya yang kedua selepas kelahiran "anak pertama komuniti" saya iaitu Buku Bukan Sekadar Homeschooling yang lahir pada 27 November 2017.

Bayangkan sebenarnya, fokus saya terpecah dua pada ketika itu (sebenarnya 4 pecahan) sepanjang akhir tahun lepas. "Pecah kepala" saya bukan biasa-biasa. Mengenangkannya, saya pernah jatuh terbungkam kerana keletihan yang amat sangat. Laa hawla wa laa quwwata illa billah. Tidak menyangka yang saya dapat melepasi ujian dan semua cabaran ini dengan airmata.

Akhirnya, saya sempat melahirkan "2 anak" pada tahun 2017 (sebenarnya 3 iaitu ; Busybook KIK, Buku Pertama #bukansekadarhomeschooling & Alumni Warisan) dan lagi "2 anak" (mungkin 3 anak juga iaitu ; Kad Imbas Khadijah terbitan baru, Poster Hijaiyyah & Buku Kedua #diariinspirasisukamengaji) akan lahir dalam tahun 2018 ini insha Allah.

Ia satu pengalaman yang indah buat saya. Sangat indah yang tersimpan jauh dalam lubuk jiwa. Manis, masam, pahit, kelat semuanya saya hadami dengan baik di sepanjang proses ini. Pengalaman terbesar saya seumur hidup ini.

Jika ditanya mengapa saya "sengaja mencari pasal" dengan menawarkan diri untuk menjayakan proses pendaftaran alumni sekolah setelah 20 tahun ini, saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan di sini.

.

Pada satu ketika, saya pernah bermimpi saya bertemu arwah Mudhirah, Allahyarham Ustazah Zaiton Atan (pengetua terakhir KTAM dan juga orang pertama yang mula-mula membuka SMKAJB). KTAM dinaiktaraf menjadi SMKAJB. Beliau meninggal dunia pada akhir tahun 2008. Semasa itu saya sedang sarat mengandungkan anak sulong, Fathi. Saya ingat lagi bila mana balik dari melawat jenazahnya (saya dapat mencium dahinya selepas dikafankan) saya jadi longlai tidak boleh berjalan setibanya di rumah. Ya, dengan perut memboyot itu suami saya angkat bawa masuk dalam rumah, saya tak mampu bergerak walau seinci. Seperti mayat hidup. Selepas abah meruqyah saya, barulah saya dapat bangun dan dapat bercakap seperti biasa.

Saya ada ikatan yang kuat dengan beliau sejak dari sekolah dulu. Adakala, beliau menemani saya makan di dewan makan asrama semasa saya rindukan emak abah di rumah. Beliau juga merupakan sahabat seangkatan dengan abah saya ketika belajar di Al Azhar Mesir dahulu. Beliau yang dikenali sangat rapat dengan semua pelajar. Seorang pendidik berhati ibu buat kami semua di KTAM. Al fatihah.

.

Selang beberapa tahun selepas beliau meninggal dunia, saya bermimpi solat berjemaah bersamanya di satu masjid yang tersergam indah! Batu-batunya tersusun rapi dan putih keemasan lagi berkilau. Dindingnya tinggi menjulang. Semuanya mar-mar yang berkilauan.

Saya agak terpesona dengan keindahan masjid itu tapi saya tak pasti entah di mana. Saya salam cium tangan ustazah dan bertanya khabarnya. Saya tahu beliau dah lama meninggal dunia semasa itu. Dia tidak membalas soalan saya. Dia hanya tersenyum manis memandang saya dengan wajah yang sangat bersih dan mengucapkan terima kasih tanpa suara yang kedengaran. Saya hanya tahu dia berterima kasih.

Saya tidak faham. Tiba-tiba saja dia mengucapkan terima kasih. Mengapa pula? Perasaannya seperti saya telah berjaya melakukan sesuatu dalam masa yang sama sangat syahdu kerana dapat berbuat 'sesuatu' melihatkan masjid itu. Saya sendiri pun tak pasti 'air tangan' saya yang mana sehinggakan masjid sebegitu indah dapat didirikan. Saya ini bukan arkitek. Walhal, semasa itu saya hanya seorang surirumah hingga sekarang. Selepas itu, saya terjaga azan subuh.

Saya bangun dengan perasaan yang lucu tetapi tidak lucu. Sayu lagi syahdu merindukan sosok tubuh setiap aidilfitri saya dan kawan-kawan lain akan berhari raya di rumahnya.. Saya gembira melihat beliau gembira dan sihat-sihat saja 'di sana'.

Akhir tahun lalu, semasa saya berada pada tahap tekanan terhebat dan amat letih seperti mahu give up, tiba-tiba saya teringat mimpi ini. Saya meneruskan langkah sedaya yang mampu kerana mimpi ini. Selepas tarikh 23 Disember 2017, barulah saya dapat memahaminya. Perasaan yang sama saya rasakan. Masih terbayang wajahnya yang gembira.

Inilah sebabnya mengapa saya membuat alumni gabungan bekas pelajar SMKAJB dan Kolej Tunku Ampuan Mariam (KTAM). Idea ini datang tak semena-mena semasa saya menyediakan kertas kerja penubuhan alumni Warisan. Asal idea tidak ada alumni KTAM tetapi saya memasukkannya sendiri dan kemudian apabila saya membentangkannya kepada tuan pengetua juga beliau sambut baik sekali cadangan ini dan semua kertas kerja yang saya kemukakan.

Ibarat orangtua yang menebas rumput dan hutan belantara yang tebal untuk mencari dan mendirikan tapak rumah, saya menganggap diri saya sebagai orangtua itu. Dan kini, biarlah orang yang lebih muda lagi berkarisma menyambung perjalanan ini untuk menghias dan membentuk rumah tersebut dengan segala kebaikan dan keindahan.

Cukuplah 4 bulan ini saya menjalani turun naik hormon bersama anak-anak yang memerlukan perhatian juga. Saya perlu kembali 'normal' untuk satu jangkamasa terkehadapan dengan komitmen baru yang perlu saya pegang.

Suami saya berkata, "Adakala, apa yang telah berlaku di masa lalu perlu dilepaskan dan berpegang pada realiti kita pada masa akan datang."

Makanya, saya perlu memilih komitmen saya bersama alumni atau komitmen saya bersama Telaga Biru dan anak-anak saya yang lain.

Realiti yang harus dipegang. Dan saya memerlukan ruang untuk fokus kepada bidang lain pula.

Semoga semua amalan baik dan usaha kita semua demi kebaikan ramai ini diberkati Allah dan menjadi jariah yang berpanjangan, insha Allah.

Selamat maju jaya buat Persatuan Warisan Alumni SMKAJB Johor Bahru!
Walaupun nama saya tiada dalam organisasi, tetapi semangat dan jiwa saya masih bersama kalian. All the way to go! Bittaufiq wannajah.




#diariseorangsurirumah






Label

#jdtblogger #teambloggerjohor